0

Cara Mengajar Pecahan Dengan Menggunakan Kaedah Melipat Kertas

Posted by MATEMATIK KSSR TAHUN 2 ( PECAHAN ) on 7:50 AM

Cara Mengajar Pecahan Dengan Menggunakan Kaedah Melipat Kertas

salam semua....         

Menurut Maria Miller (2003), terdapat guru dan ibu bapa berpendapat bahawa kebanyakkan murid di sekolah mengalami masalah dalam belajar operasi pecahan. Konsep dalam pembelajaran pecahan sebenarnya tidak sukar kerana pecahan juga sama dengan konsep matematik lain yang memerlukan kemahiran tambah, tolak, darab dan juga kemahiran memudahkan pecahan.


        Jika murid hanya cuba untuk menghafal cara kerja tanpa memahami konsep sebenar pecahan, mereka mungkin akan lupa dan menganggap kemahiran pecahan susah kerana ia mempunyai banyak peraturan dalam pengiraan. Hal ini akan menyebabkan murid belajar pecahan sekadar untuk lulus peperiksaan dan ilmu tidak daapt diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian. Malahan, kemahiran pecahan ini sangat penting dalam kehidupan dan murid harus menguasai topik ini supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupannya.


        Kaedah pengajaran guru yang hanya menggunakan ''chalk-and-talk'' kurang berefektif dalam pengajaran matematik terutamanya untuk topik pecahan kerana topik pecahan ini lebih kepada konsep yang lebih abstrak. Jika guru ingin mengajar murid dengan lebih berkesan, guru perlu menggunakan cara alternatif dan model yang lebih bersifat kepada visual supaya murid dapat memahami pecahan dengan lebih mendalam. Selain daripada menggunakan buku teks dan soalan latihan, guru boleh menunjukkan pecahan dengan menggunakan gambar untuk mengira pecahan. Jika murid dapat menggambarkan pecahan dalam minda, maka konsep mereka akan jadi lebih konkrit dan bukannya hanya nombor semata-mata. Mereka boleh membuat anggaran sebelum mengira dan juga menjelaskan jawapan mereka setelah mereka mengira. Oleh yang demikian, model visual berperanan penting dalam pengajaran matematik supaya murid dapat menyelesaikan soalan pecahan dengan menggunakan imaginasi mereka.
        
        Sila klik link di bawah bagi membaca artikel tentang cara untuk mengajar pecahan dengan menggunakan kaedah melipat kertas.


0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Cikgu Syamsul Ridzuan All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.